Monday, December 28, 2015

12 Teknik Mempromosi Blog Anda

Kepada yang baru buat blog ataupun yang dah lama buat blog tapi masih belum tahu cara-cara untuk mempromosikan blog anda, saya akan tunjukkan 12 teknik di bawah. Ada banyak lagi teknik tapi perkongsian dalam entri kali ni hanyalah beberapa teknik yang mudah untuk dilakukan sahaja.

1. Sentiasa update blog dengan post-post yang baru. Sebaiknya sekali sehari, paling tak pun sekali seminggu mungkin dah cukup baik.

2. Singgah blog orang lain dan promosi link blog anda pada ruang komen.

3. Singgah blog orang lain / website yang ada chatbox. Di situ lebih mudah untuk mempromosikan blog anda.

4. Masuk program traffic exchange / link exchange. Saya akan terangkan dalam post yang lain.

5. Bagi benda percuma untuk orang download supaya orang seronok melawat blog anda.

6. Buat page ''contact us'' supaya senang dapat feedback dari pelawat blog anda. Form ''contact us'' biasanya berbentuk email, dan antara email form yang boleh digunakan ialan emailmeform.com

7. Cipta tagline sendiri yang menarik perhatian orang ramai.

8. Gunakan RSS supaya oarng boleh subscribe.

9. Promosikan pada laman sosial popular seperti instagram, facebook, twitter, wechat.

10. Dapatkan PageRank yang baik dalam Google dan search engine yang lain.

11. Submit URL blog anda di Directory Listing seperi blogmalaysia.com , DMOZ.org

12. Submit URL blog anda di Google, Alexa, Yahoo dan lain-lain. Cara-cara saya akan bagitau dalam post yang berikutnya.



Saturday, December 26, 2015

3 Cara Buat Duit Melalui Jualan Online

Sebenarnya ada banyak cara untuk buat jualan ni, but kenapa online agaknya ye? Sebab jumlah orang yang melayari internet adalah terlalu ramai dan jumlah trafik atau pembeli yang kita akan dapat adalah lebih tinggi. Di bawah saya akan bagitau beberapa cara untuk promosikan jualan online anda :-

1. Blogging

Blog adalah cara terbaik untuk promosikan jualan anda kerana blog mempunyai kelebihan tersendiri. Blog ni ibarat jantung kepada perniagaan online. Mengapa blog, bukannya website? Sebab blog ni free, website kena bayar. Mestila kita nak yang free kan? hehe. Kalau anda buat blog cantik-cantik, kemas-kemas, pandai promote blog dekat orang lain, percayalah jualan anda akan laku.

Baca :-
- (cara2 design blog)
- (cara2 promosi blog)

2. Instagram

Yang ni memang antara yang paling sesuai dan ramai online sellers guna. Jualan melalui Instagram juga selalu dikenali sebagai ''igshop''. Yang penting, kena tau cara.

Baca :-
- (cara2 buat igshop)

3. Facebook

Kalau anda perasan, FB ni tak berapa ramai dah yang guna. Tapi masih boleh digunakan jugak. Apa salahnya cuba kan?

Baca :-
- (cara2 promote jualan di fb)

4. Post di forum-forum

Bagi saya ni agak susah sikit. Sebab banyak kerja. Kena post dekat banyak-banyak forum, baru jumlah orang yang tengok tu lebih tinggi. Saya memang malas kalau nak promote jualan melalui forum ni, sebab setiap website kena log in itu ini haha

Baca :-
- (list forums utk promote)

5. Laman-laman sosial yang lain

Tak semestinya Facebook, Instagram je kan? Cubalah jugak promote di laman sosial yang semakin popular pada zaman ni, contohnya :-

- Wechat
- LINE
- Twitter
- Tumblr
- Kik
- Snapchat

dan banyak lagiii. Korang boleh tengok sendiri di internet.












Saturday, December 19, 2015

10 Websites untuk Buat Duit dengan Survey

Tahukah anda? Dengan hanya menjawab soalan, kita akan dibayar?

Paid Surveys pada dasarnya adalah para marketing online yang menanyakan tentang sesuatu produk kepada orang ramai. Contohnya soalan macam produk tu bagus atau tak, apa improvement patut buat terhadap produk tu, haa macam tu lah contohnya. Data-data yang diperoleh itu akan dijadikan sebagai kajian mereka untuk menetapkan strategi marketing untuk di masa yang akan datang.

Jumlah survey yang akan kita dapat, bergantung jugak kepada qualification kita. Misalnya, untuk students survey dia lain, untuk orang dewasa mungkin berbentuk lain pula. Jadi jumlah survey yang kita akan dapat tu bergantunglah.

Habis, boleh untung ke macam ni? BOLEH. Cuma anda perlu mendaftar banyak-banyak lah website. Kerja anda cuma cek email, biasanya survey masuk email. Tapi, rajin-rajin jugaklah cek website, manalah tahu ada survey available tapi dia tak hantar ikut email kan.


Ada satu kelebihan buat paid surveys ni. Kebanyakan websites yang akan saya beri ni membayar dalam bentuk USD ($). Dengan duit RM semakin menurun, income kita naik mendadak sebenarnya.
1 USD = RM4.3 purata. Bayangkan, kalau sebulan anda dapat 10 USD, dah dapat RM43. 20 USD pulak RM86. Kalau anda daftar banyak-banyak websites, berlipat ganda lah income anda kan.

Okay. Ni list survey websites yang dipercayai dan patut dicuba.

1. Global Test Market ($)
Wang akan ditebus apabila point mencecah 1000. Caranya, perlu mendaftar, dan nak cash out nanti guna akaun paypal. Yang lagi best serve ini ada menyediakan app tersendiri di android. Jadi selain main game, boleh la gunakan smartphone tu untuk cari duit dengan mudah kan.
LINK = Click sini.


2. V Opinions ($)
Survey akan dibayar 1 USD - 3 USD. Ada yang dibayar 5 USD jugak (macam saya kata tadi, ikut nasib). Minimum nak cash out adalah 10 USD. Nah, bawah ni testimoni bukti pembayaran oleh seseorang yang bekerja di website ni.


LINK = Click sini.


3. Viewfruit ($)
Website ini sama seperti diatas, memberi ganjaran dalam bentuk uit (USD). Tetapi yang berbeza adalah mengambil serve website lain dimuatkan ke dalam websitenya.
LINK = Click sini.


4. Toluna
Surveys di Toluna dibayar dalam bentuk points. Mula-mula sign up, anda akan diberi 1000 points percuma, kemudian dengan menyiapkan profile surveys, total dapat nak dekat 3000 points camtu. Minimum cashout adalah 16000 points (RM20). Satu paid survey boleh bagi reward dalam 5000 points lebih kurang. Antara bukti pembayaran:

LINK = Click sini.


5. Valued Opinions Malaysia (Gift voucher)
Typically, setiap survey akan dibayar dalam RM4 - RM10. Bila dah cukup RM30, boleh cash out tapi dalam bentuk gift voucher online. Contohnya macam voucher Zalora.
LINK = Click sini.


6. Ipoll ($)
Sign up dah dapat 5 USD. Cukup minimum cash out 25 USD, boleh keluarkan guna PayPal.
LINK = Click sini.


7. SurveySavvy ($)
Website ini telah mempunyai lebih 3 juta komuniti, dan telah membayar lebih 13 juta USD. Dibayar 2 USD - 20 USD per survey.
LINK = Click sini.


8. Ipanel Malaysia
Ipanel memberi ganjaran berbentuk points seperti Toluna. Points yang telah cukup dikumpul boleh ditukar kepada RM melalui PayPal.
LINK = Click sini.


9. Swagbucks ($)
Antara website yang terkenal dan telah membayar ahlinya lebih 60 juta USD. Bukan setakat buat survey, malah ada daily poll, buat deals dan tengok TV, semuanya dibayar. Di bawah adalah contoh payment proof:
LINK = Click sini.


10. Mobrog.com.my ($)
Antara website yang available khas untuk orang Malaysia, tapi dibayar dalam bentuk dollar. Minimum cashout adalah 10 USD melalui PayPal.
LINK = Click sini.


Setakat ini dulu yee. Kalau ada lagi, saya akan update di dalam post yang baru.

Betul ke Boleh jana Pendapatan Online dengan Hanya Duduk di Rumah?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Saya nak cerita sikit tentang kerja online ni. Saya selalu dengar, ramai orang tidak percaya dengan kerja online ni. Ada yang kata banyak "scam" atau penipuan. Sebenarnya memang ya, banyak website yang menipu, tak bayar income pekerja, memang ada.

Tapi apa yang bakal saya kongsikan selepas-selepas ini adalah yang "legit" atau boleh dipercayai. Website-website yang akan saya promosikan adalah berdasarkan syarikat yang telah beroperasi selama bertahun-tahun. Malah, ada banyak bukti pembayaran telah dipost (Saya akan post beberapa payment proofs bagi setiap website dalam post saya yang akan datang).

Boleh ke jadi kaya dengan membuat kerja online?

Mengapa tidak? Ramai testimoni yang telah berjaya menghasilkan ratusan bahkan ribuan. Semuanya bergantung kepada usaha, itu saja. Kalau tidak pun, anggaplah ini sebagai kerja sambilan, untuk tampung kekurangan kewangan pada masa akan datang. Mana tak nya, harga barang melambung, GST lagi kan? Haa so kerja sambilan ni sememangnya idea yang bagus. Bukan susah sangat, duduk rumah je menghadap laptop atau smartphone. (utk smartphone, browser paling laju dan mantap try ni DOWNLOAD)

Kena keluar modal tak?

Tak. Saya pun tak suka buat kerja yang kena keluar modal (jujur) haha. Semua yang saya buat sekarang ni adalah free, tapi boleh upgrade membership la of course. Tapi jangan salah faham. Kena keluar modal tak bermakna kita akan ditipu. Kalau website yang legit, keluar modal tu akan bagi kita passive income yang lebih banyak dari biasa. Ni pengalaman saya tengok testimoni dan rakan2 sekerja online jugak lah.

Susah ke kerja online ni?

Tak. Dengan hanya duduk depan laptop/smartphone dalam setengah atau 1 jam tu sudah cukup. Serius, kerjanya mudah, hanya di hujung jari!

Saya berminat! Apa patut saya buat?

Sekiranya anda berminat, tahniah! Anda telah membuat keputusan yang betul untuk perlahan-lahan mengubah hidup anda ke ara yang lebih baik. InsyaAllah, follow blog saya selalu ye, saya akan update pelbagai website yang mungkin menarik perhatian anda untuk mencubanya juga. Penggunaan internet sekarang semakin berleluasa. Ramai yang telah mengambil kesempatan untuk menjana wang pendapatan. Ianya sangat berbaloi dan patut dicuba. Lagipun tak perlu keluar apa-apa modal pun kan.

Stay tuned untuk post yang akan datang.